Friday 25 February 2011

HADIS-HADIS SAHIH YANG BERKAITAN DENGAN FADILAT SEBAGAI BILAL

 daripada abu Umamah r.a katanya :bersaba Rasulullah s.a.w :
المؤذن يغفر له مد صوته, وأجره مثل أجر من صلى معه
Ertinya :”diampunkan bagi muazin sepanjang sampai suaranya dan baginya pahala seperti pahala orang yang bersembahyang bersamanya. ( riwayat at-tabrani dan di sahihkan al-Abani ).

 daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
يغفر للمؤذن منتهى أذانه ويستغفر له كل رطب ويابس سمعه
Ertinya :”diampunkan bagi muazin sehingga tempatnya yang terhujung (tempat sampai suara) azannya dan beristgfar baginya segala yang basah dan yang kering yang mendengar azannya. (riwayat iman ahmad dengan sanad sahih an tabrani dan di sahihkan Al-Abani ).

 dalam satu riwayat daripada Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban :
فأرشد الله الأئمة وغفر مؤذن
Ertinya :” maka Allah memberi petunjuk kepada para imam dan mengampunkan muazin. ( riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam sahihnya )

 berkata saidina Muawiyah r.a : aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
المؤذنون أطول الناس أعناقا يوم القيامة
Ertinya : para muazin adalah orang yang paling panjang lehirnya dihari qiamat.
Dan berkata Iman Nawawi : telah khilaf para ulama` samada ulama` salaf dan khalaf pada makna ( أطول الناس أعناقا) yang bererti orang yang panjang lehirnya. Maka ada satu pendapat : maknanya ialah orang yang paling banyak melihat akan rahmat Allah Taala, kerana orang yang menjengguk lehirnya kepada apa yang dilihatnya.

 14- daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
من أذن اثنتي عشرة سنة وجببت له جنة وكتب له بتأذينه فى كل يوم ستون حسنة وبكل إقامة ثلاثون حسنة
Ertinya :”sesiapa azan selama 12 tahun maka wajib baginya syurga, dan ditulis baginya dari sebab azannya pada setiap hari 60 kebajikan dan setiap iqamah 30 kebajikan. ( riwayat Ibnu Majah, Daruqutni,dan Hakim dan katanya sahih atas syarat Bukhari dan sahih Al-Abani ).

No comments:

Post a Comment