Friday 25 February 2011

HURAIAN
Tokoh Bilal di Kampung Sungai Chenaam
SERABON BIN BERSARAH yang dilahirkan pada 30 Januari 1948. Seterusnya di besarkan di dalam keluarga yang sederhana dan bersekolah di sekolah rendah berdekatan. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran di sekolah menengah sehingga tingkatan Tiga sahaja. Pengajian beliau tidak terhenti setakat itu sahaja, berbekalkan semangat dan minat yang mendalam terhadap Al Quran, beliau terus melanjutkan pengajian di sebuah pondok di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang dulu dikenali sebagai Madrasah Al Irshadiah . Setelah tamat pembelajaran disana, beliau keluar dengan berbekalkan keputusan yang amat memberansangkan iaitu 4 shanawi.
Beliau mendirikan rumahtangga tidak lama kemudian dengan dikurniakan 7 orang anak. Beliau menyara hidup beliau sekeluarga hanya dengan bekerja sebagai pesawah. Di samping itu, beliau meluangkan masa mengajar kanak – kanak mengaji pada sebelah petangnya. Beliau berpengalaman lebih kurang 12 tahun dalam mengajar Al Quran ini. Ramai penduduk kampung yang senang dengan cara pengajaran beliau itu, ini dapat dibuktikan apabila ramai anak – anak penduduk kampung telah mengkhatam Al Quran dengan beliau. Pada sebelah malamnya, terdapat penduduk kampung yang telah berumur datang untuk belajar mengaji Al Quran dengan beliau. Beliau tidak mengira tua atau muda untuk menjadi anak muridnya, hal ini kerana Al Quran mestilah dipelajari oleh semua lapisan masyarakat .Pengajian Al Quran ini hendaklah dimulakan dari anak kecil lagi kerana jiwa kanak-kanak suci, bersih dan lebih mudah menerima Al Quran ini.
Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak ialah Dr. Glenn Doman. Antara rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah:
--Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.
--Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan.
--Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan.


Selain itu, beliau juga banyak memegang jawatan dalam pelbagai organisasi di kampung ini. Antaranya, beliau dilantik sebagai bilal di Masjid Sungai Chenaam, Ketua kelompok untuk bahagian sawah padi, menjadi ustaz mengajar di sekolah Fardu Ain selam 10 tahun , serta dilantik juga sebagai amil untuk memungut zakat di kampung ini.
Beberapa tahun yang lepas, beliau yang senang disapa sebagi Pak Long oleh kalangan penduduk kampung, telah kehilangan dua orang insan yang tersayang, iaitu isteri yang tercinta dan seorang anak lelaki beliau. Walaupun beliau kehilangan isteri tercinta serta ibu kepada semua anak beliau, beliau tetap berusaha membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang dan didikan agama yang sempurna. Terdapat hadis sahih menyatakan fadilat jika menjadi seorang bilal:


daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
من أذن اثنتي عشرة سنة وجببت له جنة وكتب له بتأذينه فى كل يوم ستون حسنة وبكل إقامة ثلاثون حسنة
Ertinya :”sesiapa azan selama 12 tahun maka wajib baginya syurga, dan ditulis baginya dari sebab azannya pada setiap hari 60 kebajikan dan setiap iqamah 30 kebajikan. ( riwayat Ibnu Majah, Daruqutni,dan Hakim dan katanya sahih atas syarat Bukhari dan sahih Al-Abani ).

Sebagai manusia di muka bumi ini, Allah telah mengutuskan kita sebagai khalifah untuk memimpin. Justeru itu, beliau tidak jemu dengan tugas sebagai bilal, kerana banyak manfaatnya disamping dapat menyebarkan syiar Islam dan mengingatkan para jemaah bersama-sama bersolat jemaah di masjid. Sesungguhnya besar pahalanya berjemaah di masjid bagi kaum muslimin terutamanya dan kaum muslimat yang tidak uzur.

No comments:

Post a Comment