Friday 25 February 2011

PENUTUP
Secara kesimpulannya, tugas seorang bilal bukanlah semudah seperti yang disangka oleh kebanyakkan orang. Seorang bilal yang memahami tangungjawabnya seharusnya peka terhadap masa masuknya sesuatu waktu solat itu bagi melaung azan; memanggil jemaah bagi menunaikan solat berjemaah. Selain itu, mereka juga perlu memahami ungkapan-ungkapan azan yang disampaikan. Ini mendorong seseorang bilal tersebut menghayati azan yang dilaungkan disamping membantu dalam mencapai keikhlasan jiwa dalam menjalankan tugas. Hal ini kerana, mereka berdepan dengan sebuah tugas ynag agak penting iaitu untuk menyebarkan syiar Islam terhadap orang yang mendengarnya, mahupun orang Islam ataupun bukan Islam. Sekaligus dapat mengingat diri kita sendiri kepada pencipta manusia itu sendiri, Allah SWT.

Selaras dengan itu, mereka juga dapat bersama berdakwah kepada masyarakat. Sesungguhnya, setiap kerja dakwah tersebut, banyak rintangannya. Justeru, setiap masalah dan cabaran pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang bilal yang tabah pasti dapat menanganinya dengan bijak. Tugas seorang bilal, banyak fadhilat yang telah dijelaskan meskipun di dalam Al Quran atau hadis-hadis yang sahih. Balasan kebaikan kepada mereka amatlah besar dan banyak seperti yang telah dihuraikan.

No comments:

Post a Comment