Friday 25 February 2011

ISI KANDUNGAN

1. Abstrak
2. Pendahuluan
3. Konsep / Pengertian Bilal ( Muazzin)
4. Huraian ( Tokoh )
5. Masalah dan Penyelesaian Tugas sebagai seorang Bilal
6. Sejarah Bilal
7. Syarat – syarat Sah Bilal
8. Adab seorang Bilal
9. Fadhilat Bilal
10. Hadis – hadis Sahih yang berkaitan dengan Fadhilat Bilal
11. Rujukan

ABSTRAK
Tokoh dapat disimpulkan sebagai seseorang yang berpengaruh di atas sumbangan dan kejayaan yang telah dilakukan, disamping mencurah bakti kepada masyarakat.Kejayaan mahupun sumbangan tersebut terbit dari pelbagai aspek, sebagai contoh iaitu dari sudut agama, sains dan teknologi, politik dan sebagainya. Bagi tokoh agama pula, mereka mencurahkan bakti dan sumbangan mereka kearah jalan dakwah yang dituntut dalam Islam. Sebagai contoh, Muazzin atau panggilan yang sering digunakan, Bilal, pekerjaan yang merangkumkan unsur-unsur dakwah yang sesuai digelar sebagai penyebaran syiar Islam (azan).
Panggilan bilal ini berasal dari nama salah seorang para syuhada pada zaman Rasullah SAW dahulu , iaitu Bilal bin Rabah. Beliau merupakan seorang muazzin pertama yang melaungkan azan. Besar fadhilat dan kelebihannya sebagai seorang Bilal di dunia mahupun di akhirat kelak. Keikhlasan merupakan ciri yang amat dititikberatkan dalam menjalankan tugas sebagai tukang azan. Keihlasan ini juga dapat mencapai kedengaran azan itu sehingga ke langit, seperti yang telah berlaku pada zaman Rasullulah SAW dahulu.

No comments:

Post a Comment