Friday 25 February 2011

MASALAH DAN PENYELESAIAN
Sebagai orang agama, beliau banyak mengharungi masalah antaranya:

1.M > Terdapat ramai anak-anak muda sekarang yang kurang berminat dalam mempelajari Al Quran malah ilmu tentang agama.
P > Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran bagi mereka yang ingin belajar mengaji Al Quran dengan mereka. Hal ini dapat menarik ramai ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka untuk memngaji Al Quran bersama beliau.

2. M > Sebagai seorang bilal mestilah mahu melihat hasil kejayaan azannya dalam menyeru para jemaah untuk bersama-sama mengimarahkan masjid tersebut dengan solat jemaah. Tetapi, tidak ramai yang menyedarinya.
P > Justeru itu, beliau telah berusaha mengalunkan azan dengan lantang dan nyaring. Hal ini kerana, terdapat hadis yang menyatakan:
Mengikut hukum, seorang muazzin hendaklah memiliki suara yang baik,nyaring dan lantang. Tujuannya supaya azannya itu dapat didengar oleh jemaah dan penduduk-penduduk sekitarnya, selain daripada itu ia dapat melembutkan hati orang yang mendengar serta dapat menjawabnya di samping terpanggil untuk menunaikan solat.
Perintah menyaringkan suara ketika azan tersebut terdapat dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud, "Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembayang, hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia atau pun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginnya pahala pada hari akhirat." (H.R.Bukhari ) Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Abdullah bin Zaid: "Beritahulah kepada Bilal, kerana suaranya lebih kuat daripada engkau." Kalau azan hanya dapat didengar oleh dirinya sendiri maka tidak sampailah maksud disyari'atkan azan. Begitu juga seboleh-bolehnya, seseorang yang dikurniakan Allah dengan suara yang baik bersedia dan tidak keberatan jika dikehendaki menjadi muazzin kerana azan dengan suara yang baik sunat hukumnya dan Rasulullah saw menyukainya. Al-Darimi dan Ibn Khuzaimah meriwayatkan: Nabi Muhammad saw menyuruh 20 orang lelaki melakukan azan. Baginda suka dengan suara Abi Mahzurah, lalu Baginda mengajarnya. Selain daripada itu anda akan mendapat ganjaran pahala.

3.M > Masalah teknikal yang biasa iaitu apabila berlakunya ketiadaan elektrik. Jadi hal ini akan merumitkan lagi tugas sebagai seorang bilal dalam megumandangkan azan.

P > Justeru itu kita kembali kepada cara pada zaman dahulu dalam usaha melaungkan azan sebagai tanda masuknya waktu solat. Terdapatnya pembinaan menara di setiap masjid bagi memudahkan penduduk kampung mendengar azan pada zaman dahulu. Dalam kitab-kitab fekah ada dijelaskan ketika azan, muazzin (bilal) itu hendaklah berada di tempat yang tinggi seperti menara. Kesimpulannya, apabila ketiadaan bekalan elektrik, bilal bolehlah menggunakan alternatif lain, dengan melaungkan azan dari menara tersebut bagi memaklumkan semua jemaah tentang masuknya waktu solat.

No comments:

Post a Comment