Friday 25 February 2011

KONSEP/ PENGERTIAN BILAL ( MUAZZIN)
Dari segi bahasa muazzin adalah berasal dari perkataan bahasa arab iaitu yang membawa maksud mendengar. Seterusnya, ‘uzinu bi’ menerangkan azan ;bang; panggil untuk solat. Oleh itu terbitlah perkataan,’ muazzin’ yang menerangkan tentang seseorang yang memperdengarkan azan; bilal; tukang bang atau azan.

Dari segi istilah pula, Bilal ( muaazin) ialah membenarkan. Membenarkan melalui susunan antara gabungan perkataan tertentu untuk memaklumkan tentang masuknya waktu solat. Selain itu panggilan Bilal juga diambil sempena nama orang pertama yang melaungkan azan pada zaman Rasullulah dahulu.
Firman Allah Taala ..maksud...
Ertinya : “dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

Saidatina Aisyah r.a katanya dalam mentafsirkan ayat diatas :
ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله berkatanya : orang itu ialah muazin dan وعمل صالحا ialah sembahyang sunat qabliah dua rakaat antara azan dan iqamah dan pada satu riwayat yang lain Aisyah r.a berkata : ”aku tidak fikir ayat itu turun melainkan kepada muazin.”

Ertinya :” dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum Yang tidak berakal”.

Dikisahkan juga dalam buku Keagungan Azan hasil tulisan Dr Sayyid Husain Al-Affani dan terjemahan dari Arifin Ladari ini mengenai muazzin Nabi SAW terdiri daripada Bilal bin Rabah yang memulakan seruan azan, Amru bin Ummi Maktum al-Qurasyi yang buta, Sa'ad al-Qaraz Maula'ammar bin Yasir dan Abu Mahdzurah atau namanya Aus bin Mu'ir al-Jumhi.

No comments:

Post a Comment